Monday, December 28, 2009

~Coretan kenangan 2009~


Semalam yang berlalu meninggalkan kita bersama kenangan.Tanpa disedari atau tidak 2009 semakin dipenghujungnya.Pasti ada banyak kenangan semalam yang mengisi diari 2009.Tanpa kita sedar atau tidak usia kita bertambah dan bagi sesiapa yang dapat melaksanakan azam 2009,syabas diucapkan.Buat yang masih belum berjaya,diharapkan tahun depan mampu melestarikan impian semalam bersama azam semangat baru untuk tahun-tahun mendatang.

Sesunguhnya kita tidak dapat lari daripada ketentuan takdir,Ada yang diari 2009 dihiasi kisah duka lantaran kehilangan orang tercinta sama ada ibu,bapa,saudara ataupun kekasih hati.Banyak-banyak la bersabar menempuhi dugaan hidup,kata orang bumi mana yang tak ditimpa hujan,lautan mana yang tidak bergelora,tabahkan hati kuatkan azam,semoga hari-hari mendatang ada sinar bahagia untuk kita nikmati.Setiap yang pahit pasti ader manisnya.Mungkin ada hati yang terluka angkara sidia yang tak setia.Takperlah,kita terimalah ketentuan itu dengan hati yang redha.Carilah kebahagiaan hakiki dengan menjadikan kisah semalam yang pahit buat teladan.Moga kisah duka tidak lagi menghiasi diari hidup.Aspirasi dan semangat untuk meneruskan perjuangan mampu mencetuskan titik permulaan buat menyemai benih-benih bahagia yang bisa kita nikmati pada penghujungnya nanti dengan berkat kurniaan illahi,Insyallah..

Buat mereka yang mencatatkan memori bahagia ditahun 2009,mudah-mudahan kebahagiaan yang dimiliki berkekalan hendaknya.Bajai dan suburkanlah kasih yang berbunga itu dengan kejujuran,kesetiaan dan perasaan tolak ansur untuk memastikan kesinambungan kisah bahagia kekal hingga keakhirnya.Belajarlah untuk menghargai dengan apa yang kita miliki.Jangan kita sesiakannya yang akhirnya mengundang kisah duka.sesal dan kecewa andai bahagia yang kita miliki hari ini bernoktah tanpa kerelaan.

Buat teman-teman sekalian,terima kasih yang tak terhingga diatas kesudian berkongsi kisah suka dan duka korang.Aku juga nak ucapkan bebanyak terima kasih diatas bantuan nasihat yang korang berikan dekat aku,realy apperciate it.

At last i wish my friend and everyone outhere a very "Happy New Year"


Regardz

Farid Johari

3 comments:

Afsya Danya Dyana said...

bahasa bahasi ni ciplak dri maner nih? hua2;p

farid said...

maner ader ciplak maner syg..its come purely from the bottom of my heart.

Anonymous said...

I want to have my phone ringer on and NOT be in silent mode but have my text message (SMS) incoming alert set to vibrate. Any hints tips or suggestions are welcome. Oh, I have a iPhone 3g 8gb



________________
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url]